Tiga FOKUS Yang Perlu Usahawan Utamakan



Seorang usahawan biasanya terlibat dengan tiga fokus berikut:
  • Fokus 1: Membina sebuah empayar perniagaan
  • Fokus 2: Menjual produk/perkhidmatan.
  • Fokus 3: Membina bidang kepakaran diri.
Fokus 1: Membina Empayar Perniagaan
Ia bermaksud, kita mempunyai sebuah perniagaan yang berdaftar, jenama dan produk yang diniagakan. Ia akhirnya bukan sahaja kita yang uruskan bisnes itu, tetapi ia akan diuruskan oleh orang lain (besistem).
Untuk membina sebuah empayar perniagaan, ia haruslah terus berkembang besar dan sentiasa melakukan inovasi dan pembaharuan mengikut keperluan semasa.
Fokus 2: Menjual Produk
Walaupun kita seorang pemilik perniagaan, kita tidak dapat mengelak daripada melakukan proses menjual. Di mana sahaja kita berada, kita sebenarnya adalah duta kepada perniagaan dan produk kita.
Menjual produk memerlukan seni dan teknik tersendiri. Menjual adalah nadi utama dalam perniagaan kerana dari situlah hasil dalam bentuk wang akan masuk. Proses menjual ini tergabung sekali dengan promosi dan pemasaran.
Fokus 3: Membina Kepakaran Diri
Setiap usahawan digalakkan mempunyai kepakaran tersendiri, sekurang-kurangnya satu topik atau perkara. Ini bagi memastikan, apabila contohnya kita dijemput memberikan ceramah, kita ada kepakaran khas yang boleh dikongsikan kepada orang lain.
Strategi kepakaran ini adalah satu cara mempromosikan bisnes kita dalam senyap. Apabila orang sudah sukakan kita dan mengenali kita, akhirnya mereka akan kenal juga perniagaan dan produk kita.
Kesimpulan
Setiap fokus di atas mempunyai peranan masing-masing, dan semuanya adalah bergerak seiringan dan digunakan pada masa yang sesuai, atau ketiga-tiga sekaligus dalam satu masa.
Dipetik dari : http://blog.smartusaha.com/tiga-fokus-utama-usahawan

1 comment:

  1. Terima kasih kongsikan tips buat duit :D

    Forex trading boleh berjaya bila ada mentor mudahnya saham boleh bantu.

    ReplyDelete