Tiga FOKUS Yang Perlu Usahawan Utamakan



Seorang usahawan biasanya terlibat dengan tiga fokus berikut:
  • Fokus 1: Membina sebuah empayar perniagaan
  • Fokus 2: Menjual produk/perkhidmatan.
  • Fokus 3: Membina bidang kepakaran diri.
Fokus 1: Membina Empayar Perniagaan
Ia bermaksud, kita mempunyai sebuah perniagaan yang berdaftar, jenama dan produk yang diniagakan. Ia akhirnya bukan sahaja kita yang uruskan bisnes itu, tetapi ia akan diuruskan oleh orang lain (besistem).
Untuk membina sebuah empayar perniagaan, ia haruslah terus berkembang besar dan sentiasa melakukan inovasi dan pembaharuan mengikut keperluan semasa.
Fokus 2: Menjual Produk
Walaupun kita seorang pemilik perniagaan, kita tidak dapat mengelak daripada melakukan proses menjual. Di mana sahaja kita berada, kita sebenarnya adalah duta kepada perniagaan dan produk kita.
Menjual produk memerlukan seni dan teknik tersendiri. Menjual adalah nadi utama dalam perniagaan kerana dari situlah hasil dalam bentuk wang akan masuk. Proses menjual ini tergabung sekali dengan promosi dan pemasaran.
Fokus 3: Membina Kepakaran Diri
Setiap usahawan digalakkan mempunyai kepakaran tersendiri, sekurang-kurangnya satu topik atau perkara. Ini bagi memastikan, apabila contohnya kita dijemput memberikan ceramah, kita ada kepakaran khas yang boleh dikongsikan kepada orang lain.
Strategi kepakaran ini adalah satu cara mempromosikan bisnes kita dalam senyap. Apabila orang sudah sukakan kita dan mengenali kita, akhirnya mereka akan kenal juga perniagaan dan produk kita.
Kesimpulan
Setiap fokus di atas mempunyai peranan masing-masing, dan semuanya adalah bergerak seiringan dan digunakan pada masa yang sesuai, atau ketiga-tiga sekaligus dalam satu masa.
Dipetik dari : http://blog.smartusaha.com/tiga-fokus-utama-usahawan

Bagaimana Mencapai Kejayaan dengan Segera?



Tajuk artikel nampak seperti ‘hype’, tetapi perkara yang akan saya dedahkan di sini telah banyak digunakan oleh kebanyakan usahawan-usahawan yang berjaya.
Apakah ‘rahsia kejayaan’ itu?
Ia adalah…. Keluar daripada keselesaan diri (comfort zone).
Jika kita selesa dengan pendapatan RM1000 sebulan, keluar daripada keselesaan itu dengan melakukan sesuatu usaha dan perkara yang baru agar pendapatan akan lebih banyak dan meningkat.
Jika kita selesa dengan ilmu sedia ada, keluar daripada keselesaan itu dengan pergi belajar lebih banyak ilmu agar kita lebih menjadi seorang yang bernilai tinggi.
Jika kita selesa dengan satu dua produk, keluar daripada keselesaan itu dengan menghasilkan produk-produk baru.
Jika selesa dengan sebuah buku yang telah diterbitkan, tulis lagi banyak buku.
Jika kita selesa dengan satu dua cara promosi sahaja, keluar daripada keselesaan itu dengan melakukan lagi kaedah-kaedah lain.
Jika kita selesa dengan kaedah-kaedah pemasaran percuma, keluar daripada keselesaan itu dengan menggunakan kaedah-kaedah berbayar seperti Facebook Ads.
Daripada contoh-contoh di atas, jelas… Tidak semestinya perkara baru yang dilakukan adalah perkara yang mendadak besar dan berubah 360 darjah. Sebaliknya, kita boleh lakukan perkara baru walaupun sekadar satu peratus. Lakukan perkara kecil itu sampai berjaya, dan lakukan lagi perkara baru kecil yang lain. Lama-kelamaan, ia akan menjadi semakin banyak dan membesar.
Rakan-rakan usahawan yang saya kasihi…
Allah tidak akan mengubah nasib kita jika kita sendiri tidak memulakan sesuatu usaha yang sewajarnya.

Dipetik dari : http://blog.smartusaha.com/rahsia-kejayaan-segera

Fokus dan dalami bidang perniagaan kita


Dalam satu seminar yang saya kendalikan, pelbagai soalan ditanya oleh peserta. Ada soalan yang teramat menguji, termasuklah soalan-soalan yang asas.
Syukur, dengan pengalaman selama 6 tahun, soalan-soalan itu dapat saya jawab dengan baik walaupun ada peserta yang seperti mahu menguji.
Jadi, apabila kita melakukan bisnes, tidak kisah apa jua bidang, sewajarnya kita tahu dengan mendalam bidang itu dalam segenap segi. Ini lebih penting apabila kita kerap menulis, memberi ceramah dan menganjurkan / mengendalikan seminar.
Seperti saya, saya lebih kepada perniagaan internet secara umum selain ada pengkhususan. Maka saya perlu banyak membaca buku, majalah berkaitan, mendengar, menyertai seminar, belajar dan lain-lain cara agar saya sentiasa mendapat info terkini bidang perniagaan. Pernah sekali saya menyatakan maklumat yang telah berubah, walhal telah ada perubahan. Ia mampu mengakis kredibiliti kita.
Setiap usahawan terutama yang mahu menjadi pakar bidang, harus sentiasa membaca perkembangan semasa bidang itu, selain sentiasa menambah pengetahuan dan pengalaman.

Dipetik dari : http://blog.smartusaha.com/fokus-bidang-perniagaan

Perniagaan: Kecil Vs Besar


Walaupun perniagaan internet dari rumah memberikan banyak kebebasan dari segi masa, pergerakan dan juga modal yang kecil, ia sebenarnya juga adalah satu cabaran, di mana usahawan perlu memaksa diri untuk lebih ‘agresif’, berdisiplin dan bersemangat. Ini kerana, kos yang kecil biasanya mudah membuatkan kita merasakan tiada apa-apa yang rugi jika tidak berusaha kuat.
Berbanding dengan perniagaan konvensional yang menuntut banyak kudrat dan modal yang besar, ia merupakan satu dorongan untuk usahawan konvensional bekerja lebih keras. Jika tidak, mereka pasti menempah kerugian yang besar.
Jadi, apa jua bentuk usaha yang kita lakukan sama ada kecil, besar, dari rumah ataupun ada kedai / pejabat sendiri, ia perlu dilakukan dengan serius, berjiwa besar dan profesional.

Dipetik dari : http://blog.smartusaha.com/perniagaan-kecil-vs-besar

Tiga Tahap Perniagaan Internet



Terdapat tiga tahap perniagaan, iaitu:
  1. Memulakan bisnes
  2. Menstabilkan bisnes
  3. Mengembangkan bisnes
Pada tahap pertama, kita memerlukan banyak masa, tenaga dan kos untuk membina sebuah perniagaan. Ia umpama membina sebuah rumah dari membina tapak sehinggalah siap sebuah rumah yang boleh didiami. Pada peringkat permulaan, biasanya kita akan bermula seorang diri ataupun bersama seorang rakan niaga.
Pada peringkat kedua, katakan bisnes telah maju ataupun telah beroperasi dengan baik, salah satu aspek yang kritikal adalah jumlah pendapatan sentiasa stabil ataupun berada dalam kawalan. Pada ketika ini, apakah usaha yang boleh dilakukan agar perniagaan terus dapat survive dalam apa jua keadaan dan mendapat hasil yang sewajarnya.
Pada peringkat ketiga, iaitu di saat perniagaan telah stabil dan maju, ia perlu dikembangkan lagi agar hasil pendapatan dan keuntungan dapat digandakan. Jadi, apakah strategi yang boleh dilakukan? Mungkin melaburkan lebih banyak wang untuk pemasaran, membuka cawangan dan membuka bisnes yang berbeza tetapi masih dalam bidang yang sama.
Soalan cepu emas di sini adalah, selepas kita selesai melalui tiga tahap di atas, apakah yang akan berlaku seterusnya? Setiap sesuatu pasti ada kemuncak dan ‘akhirnya’. Saya akan berikan jawapannya dalam bahagian komen di bawah. :)
Dipetik:http://blog.smartusaha.com/tiga-tahap-perniagaan-internet

Individu yang membantu Perniagaan Internet kita


Dalam perniagaan Internet, terdapat beberapa jenis “individu” yang boleh ‘membantu’ kita:
1. Coach
2. Mentor
3. Konsultan
4. Internet Marketer
5. Speaker
6. Trainer
7. Writer (penulis)
Setiap mereka mempunyai peranan dan kapasiti tugas yang berbeza, mengikut keupayaan masing-masing.
Contohnya, saya adalah seorang trainer, dan bukan seorang speaker yang hebat. Saya tidak (belum) mempunyai keupayaan berucap yang memuaskan. Mungkin juga bakat saya hanyalah bakat melatih orang sahaja.
Kemahiran utama saya adalah membantu individu memulakan perniagaan Internet, dan teknikal Internet (blog, website, domain, hosting, …), kemudian barulah pemasaran Internet. Manakala bakat utama saya adalah menulis. Jadi tidak hairan jika saya tidak hebat berucap, kerana ia bukan bakat utama saya.
Dengan memahami setiap orang itu mempunyai tahap dan peranan yang berbeza, maka kita tidak akan mempersoalkan seseorang yang mengajar kita sesuatu, tetapi dari aspek lain mereka “gagal” memenuhinya.
Seseorang itu mungkin boleh membantu kita memulakan perniagaan Internet, tetapi beliau belum mampu membantu kita mengembangkan bisnes ke tahap yang lebih besar. Jadi cari orang lain yang boleh memenuhi keperluan kita itu.

Dipetik dari : http://blog.smartusaha.com/perniagaan-internet-infividu